Tuesday, September 9, 2008

Anita Sarawak - Seksis

Bila ku bersuara kau kategorikan sebagai meleter
Bila kau tercabar sebelum bertarung pun ku dah kau singkir
Tika di jalanan cermat ke cuai
Stereotype lady driver
Bila tunjuk pandai lagakmu hebat
Mengalahkan seorang professor

Oh mana keadilannya
Balik-balik kita saja terkena
Dahulu hingga kini
Kau memonopoli cuba menguasai
Duniaku ini oh mana aci

(Korus)
Jangan pandang ku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandang ku sebelah mata
Nanti kejantanan mu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana madah mu berat sebelah
Kelemahanmu akan ku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis

Pabila ku ramah manis lidah
Kau tuduh ku perempuan murah
Namun bila kau menutup helah
Kata mu mengikut sunnah
Andai ku meniang rumahtangga
Jangan harap ucapan tahniah
Hujung bulan tiba ku tuntut nafkah
Kau buat ku macam peminta sedekah

Oh mana keadilannya
Balik-balik kau juga juara
Asyik kita beri saja
Melayan takhta siang malam di tatang
Penuh setia bagaikan raja

(Ulang korus)

No comments: